Sunday, October 30, 2011

Ceritera Dating

Assalamualaikum semua...
Disebabkan hari2 duk sibuk hupdate entri cabaran 30 hari tu *nak habiskan lebih 30 hari kot!* so Jaja terlupa lak entri2 yg tak berkaitan dgn cabaran yg telah lama didalam draft. Untuk menambahkan bilangan page, meh hupdate menggila!
Ok kali ni pasal kami berdating di Mid Valley last month. Tiba2 teringin nasi kerabu kat Belanga. So lepas Belanga, kami menjalankan diri ke kedai2 sukan utk mengUsha kasut futsal incik suami.
Setelah letih berjalan, singgah pulak ke SPOON. Ape tuh? Frozen Yogurt la wei!

Lepas SPOON, incik suami pula teringin brownie kat Delicious. Menyantak!

@Delicious
Incik Suami punye brownie.
*curik skit SPOON saye!*
walawei! tgh hupdate ni pon boleh terliur. hoh!

Selamat Pengantin Baru Vivine!

Assalamualaikum semua!
Ni kira entry berzaman sudah sbb wedding last month. Tapi kira newly wed jugak lah kan. BTW Congratulation to Vivine *incik suami punye kazen*. Anda sudah menjadi isteri orang! Welkam to the club bebeh! Ni sekitar majlis akad nikah yg diadakan di Villa Felda. Sangat canteq! So sorry sbb tak dtg kat Putrajaya. :(



* Happily ever after ya!*

Ceritera Deepavali Lagi

Assalamualaikum semua.
Oleh kerana Jaja terlambat hupdet pasal Deepavali ni, korang layan gambar je la yek! huhuhu


1st Picture!

Assalamualaikum semua.
Hah menyantak sbb da lama tak hupdate blog, hari ni Jaja kasi 2 entri sekali gus! Ok kali ni pasal gambar2 pertama yg Jaja amek dr Sony TX-10 ku yg tersayang itu. :D Gambar mmg sgt memuaskan! 16mp kot camera with full hd movie record. Yg penting, WATERPROOF!
* diambil dari PC si adik di KBS *
* candid *

* with her pose *

Akhirnya!

Assalamualaikum!
Lompat2! Guling2! Akhirnya yg dihajati termakbul jugak! Alhamdulillah. Hasil kumpulan duit, Dapat beli 1 of the item dlm my wishlist. Next please!!

Malam Deepavali

Assalamualaikum semua!
Mood gembira kan. Kenapa? saja suka2 nak happy! haha BTW Jaja nak share aktiviti malam perayaan Deepavali hari tu. Jaja sambut? Gila tak sambut Deepavali?? Kata 1 Malaysia! haha BTW adalah mulut2 manis yg berkata aiks! kaler kulit da lebih kurang. Takkan tak sambut kot. Salah tu. Jaja sambut okeh! Rugi tak sambut sama2 perayaan kat Malaysia ni. *Saya dah lali dengan kutukan itu. Allah mengurniakan tahap kesabaran yg sgt tinggi pada Jaja. Alhamdulillah*
So me n incik suami went to Mid Valley for mid night movie. Kami tonton filem REAL STEEL yg SUPER COOL! Highly recommended by Jaja Azmi! hahah Okeh seriously sila pergi tonton kalau belum ye. Cerita yg sgt excited! *ada penonton yg siap tepuk tangan dlm panggung bila si robot tu menang match!* Kira salah 1 daripada movie2 yg Jaja tgk midnite tp tak mengantuk. Jaja pernah tido dlm panggung sbb da la tgk midnite pastu crita pon ala2 je. Ish2 tak patot!
* Salah satu benda yg buat Jaja terpukau semasa Deepavali adalah benda diatas ni. Kolum. Jaja pernah tgk kaum India buat benda ni. Gila teliti! Tapi hasilnya? SUPERB! *
* OMR! (Oh My Robot!) BOLEH?)
* Salah satu cara terbaik utk menaikkan berat badan adalah dengan memakan burger di Carl's Junior di waktu malam2 buta *

Deepavali Celebration

Assalamualaikum semua.
Kali ni sempat nak hapdet blog sbb gambar2 suma Jaja da watermark n draft kan siap2.. Hahahah so no reason lg la kan nak skip. Tgk gmbr ni!! Comel kan mereka!! Last week kitorang ada Deepavali celebration kat skolah. *sapa2 yg taktau lg tu, saya cekgu ye* I was super excited sbb tgk dorang pakai traditional costume yg super cute. Parents camni la yg best. Sentiasa aware dgn event2 kat skolah! huhuhu owh mmg setiap perayaan kitorang celebrate. Hari ni kitorang celebrate Halloween! huhu most of them pakai ala2 pirate gitu. Tapi Jaja tak sempat nak amek gmbr sbb anak2 ku sume da berlari2. haha jom layan gambar pulek!
the Bubbles 3
Teachers in action!
mereka sgt excited!

Esok nak hapdet ape ek??? hurm tunggguuuuu!

Motor GP Sepang

Assalamualaikum semua.
Hah, berzaman baru nak update pasal Motor GP hari tu kan. Ok. So my sissy dapat tix grandstand for me, incik suami, kaklong, abg ipar, sissy, izzat and 2 friends. So dgn happynya kami bertolak ke Sepang. *sebelah kampung je kan*
Sampai2 je keadaan sungguh meriah dgn hot2 model yg terpaksa berdiri dibawah hot sun! Kesian kan. Dan seperti apa yg anda semua tahu, berlaku kemalangan jiwa semasa perlumbaan. Keadaan yg meriah td tiba2 senyap. Apa2 pon setiap yg berlaku ada hikmahnya kan. Dah ditakdirkan kematian Marco di litar Sepang. Takde sapa dpt halang. hurm... nak wish RIP *rest in peace* cam tak sesuai kan. Lain lah kalau beliau sempat tukar agama sebelum kemalangan. Apa lagi yg boleh dibicarakan? Saya turut bersedih dan bersimpati kepada teman wanita dan keluarga beliau.
Kepada mat2 rempit kat luar tu, beringat sket. Helmet yg harga beribu2 tu pon boleh membawa kematian. Inikan pula korang yg berlumba tanpa pakai helmet tu.
*BALIK*

Saturday, October 29, 2011

Cream And Fudge Alamanda, Putrajaya

Assalamualaikum semua.
Ni nak share pengalaman mkn eskrem Cream and Fudge kat Alamanda Putrajaya. Kitorang *mama,azie,izzat,me n incik suami* order 4 scoops of ice cream. eh?! ke 6 ek? lupa la. takpe la yg penting mmg it is super creamyyy!!! sedap!!! tapi bg ja 1 scoop pon da cukup nak share sbnrnye. Hari tu pon nak termuntah gak la tp kene abiskan sbb agak mahal. Yg penting! crispy waffle dia sgt sedap okeh. So! recommended by ME! huhuhu sila lah try ye
*mama saya*
*izzat,azie,shasha*
*nyumnyum*

Monday, October 24, 2011

Buah?

Assalamualaikum semua. Okeh.. sape tau buah apakah ini?? 1st time jumpa n mkn buah ni. Rasa macam longan sket. hurm sape tau????

cara2 kupas, hentak atas lantai. baru bole kupas. :D
isi didalam
biji pula. isi da dalam perut! Sedap!

Saturday, October 22, 2011

Wishlist #1

I pod 5th Generation
Sony TX10

Samsung Galaxy Tab 10.1
Sony NEX7
Perfect Bedroom!

Friday, October 21, 2011

Kuew Teow Kungfu

Assalamualaikum semua...
Nyum nyum.. Ni nak share my all time fav food! Ja bole makan benda ni tiap2 minggu okeh. Taktau la kenapa. Maybe sebab senang kot. sume benda ada. Ayam, sayur, udang, sotong. Dan yg paling penting BANYAK TELUR! haha sebab kuew teow tu dorang salut telur dulu then goreng kan. SODAP!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #5

*MAU INI*

Tuesday, October 18, 2011

Sekitar Majlis Konvo Si Adik

Assalamualaikum semua.
Lagi cerita pasal adik ku convo! haha mcm takde idea kan. Tapi siapa kesah kan. Actually nak upload skali gmbr2 ni masa entry sebelum ni. Tapi disebabkan sifat malas utk watermark gmbr2 tersebut terlalu tinggi! So ini lah dia.. Enjoy!
A bouquet yg di beli ditepi jalan dgn harga RM40. Bole la kan.
Budak nakal! Natasha Adrieana. *tunjuk cekak baru*
Lagi gmbr mereka yg diambil dari henpon ku
Ruang menunggu. BUNGA MEMANJANG!
owh. *sila abaikan*

okbai!

Sunday, October 16, 2011

Convo! Yay!

Congrats my dear sissy! Setelah bertahun, konvo jugak kau kan.
Me and incik suami sampai agak lmbt dlm pkul 1.30pm. Sampai2 kat Unisel Kuala Selangor tros cari makan dulu! Byk gerai yg bukak. But most of it jual bunga memanjang. hoh! Bought a bouquet of roses for her. Nak beli lily takde bajet! hahahaha Apa2 pon all the best sissy!

Friday, October 14, 2011

Someone Like You

Adele - Someone Like You

*tiada kena mengena dgn siapa2 yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia*
Layan je

Thursday, October 13, 2011

Paya Indah Wetland (Dengkil)

Assalamualaikum semua!!
Hah. Sebenarnya byk je masa nak update blog ni. Tp Disebabkan terlalu penat *19 org bdk 2 thn dlm 1 kelas Ja nak kene jaga* tak penat lagi?! Habis keje je tros rasa cam nak pengsan sbb dah 95% tenaga keluar nak jaga n control bdk2 ni. Nak buat camne kan. Nama pon kerja.
Pastu kalau online duk meraban baca blog org dulu. Hahahaha Stalker sejati la katakan. :D sapa nak Ja merayau kat blog korang sila la tempek link yee. La ni dapat la update crite skit. Pasal jenjalan last weekend. Lepas da siap tugas2 seorang isteri, baru la tenang sket nak update kan!? hhaha Annoying kan??
So layan gambar sket ye. Last weekend kitorang balik kampung kat banting. So sampai2 dorang ckp nak g picnic. Ingat kan nak g pantai ke ape. Rupanya ke Paya Indah Wetland. Percaya atau tak, itu lah kali pertama Ja jejak kaki ke Wetland walaupon tempat tu 5 minit je dari rumah. Hahaha so sape2 yg tanye pasal Wetland tu mmg Ja tatau apa2 pon.
Kalau tanya skang pon Ja tatau gak sebenarnya. Hahahahah. Setakat nak berjogging, melawat binatang2, boleh la. Ada buaya, landak, kuda, hippo, pokok, rumput. Ape lagi ek. Kalau ada event baru lah meriah sket tmpt tu. Kebetulan kitorang pegi hari tgh ada event, so ramai la org kat sana. Yang penting! Ferrari berderet okeh!
panas! :D
Ada gaya Bapa Mithali tak? haha
Binatang ni pon ada! hish!
Buaya yg BESAR punya!!!

Lepas da selesai melawat semua hidupan2 ini, kami pon melabuhkan ponggong yg ala2 ada takda ni ke salah satu gazebo di tepi tasik. Fuh! I tell you. Angin petang tu layannnnnn.... Sambil ditemani dgn nasik panas, telur dadar, kentang goreng dan sambal cili api goreng kentang n ikan bilis. Teranggat siot! Gambar makanan tak sempat amek sbb masing2 terlalu lapar! Enjoy!

Wednesday, October 12, 2011

Meet Mas Beacon

Yay! akhirnya keluar jugak baby ni. Agak lama jugak la dia duk dlm perut mak dia. Hahaha tak sabar nak pegi Zoo melawat Mas Beacon!

Tuesday, October 11, 2011

Intai Lagi Bubbles 1

Assalamualaikum all!
Ni namanya entry comel. Hahaha sebab semuanya pasal budak2 kecik ni. Hurm I'm going to miss them la next year. :D Sila layan gambar ye
The apple of my eyes. Athyaat. *tak rasa mcm nak gigit ke bila dia buat muka tu?*
Student baru no 17! :D Ashley yg super duper cute
owh.. ini baru half... saya ada total 19 sekarang okeh!