Wednesday, April 25, 2012

Tako Tao

Assalamualaikum.
Tadi berjaya memujuk incik suami utk ke JJ Bukit Tinggi. Sebab beliaulah Jaja da tersampuk ngan Tako Tao nih! Hahahah sedap pulak tuh! Da 2 kali mkn tp lupa nak amek gambar! Nampak sgt makan tak ingat org lain kannnnnn. Huhuhu next time Jaja beli, ja post gambar pulak.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 17, 2012

Red Wok Untuk Kesekian Kalinya

Assalamualaikum.
Makan lagi. I know I know. Mmg saya dah mengembang. Balas dendam sbb b4 kahwin dulu diet gila2 kan. Takpe2 Premium Beautiful kan ada. Hahahah... Ni tgh duk fikir2 nak beli premium beautiful corset tu. Harga mmg mahal. MAHAL GILA! Tp sbb nak badan santek kan. Bukan untuk org lain, utk husband sendiri. 
Lagi sekali kami melepak kat RED WOK ni. Owh kali ni my younger sister blanje. Hahahaha.
*owh sgt bersih*

*bahan2 utk sizzling bersama sos*

*Buffet area*

*Pinggan si suami penuh dgn kambing*

 *Segak berbaju Schenker. Hahaha sanggup abes keje terus g Bangi!*

*Sesi bermula!*

*Ada jugak buffet makanan yg dah siap dimasak. Tapi sy sarankan amek sikt2 je sbb nnt tak larat nak mkn benda lain*

*owh! saya punya!*

*si adek punya. kambing jugak!*

*Speechless*



*Yes! Aiskrim pon ada jugak!*

*ok next!*

*Told ya! Stuck like glue :D*


So lokasi :
Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-89274100
Fax : 03-89274500

Opening hours :
Monday to Thursday
Lunch : 12pm - 3pm
Dinner : 6pm - 12am
Monday to Friday
Dinner : 6pm - 12am
Saturday & Sunday
"Almost" all day dining : 12pm - 12am
Close for lunch on Fridays.

Monday, April 16, 2012

Baskin Robbins Kota Kemuning

Assalamualaikum.
Sememangnya kami suka jalan2 cari makan. Disebabkan kami ni baru berpindah di area Taman Sentosa, maka kami berjalan2 cari makan ke kawasan terdekat. Sbb kat area sini tak byk tmpt mkn menarik. Banyak kedai india je. Mamak pon pukul 10 pm da tutup!. Jadinya, kami ke Kota Kemuning utk berjalan2 cuci mata. Hasilnya........ tadaaaaaaaa!!!!! terjumpalah Baskin Robbins Kota Kemuning ni. Nampak je terus jerit BASKIN ROBBINS!!! *terencat kan?* Camera mmg sentiasa berada dalam handbag. 
*Kerusi sgt gorjes okeh!*

*so we had Banana Royale. Royal la sgt kan*

*It's so tempting to sit in front of this. Nak ni nak tu nak ni*

*Oh yes. As usual. They stuck like glue.*

*Tekun abam ni mengemas*

*tengok kiri tgk kanan. Nak bawak balik bole?*

So sapa2 dekat dgn Kota Kemuning, boleh la singgah2 ye. :D

Monday, April 9, 2012

Sakit *pon nak bagitau jugak*

Assalamualaikum.
Dua tiga hari ni rasa sgt tak sedap badan. Start dari hari jumaat smpi semalam, makan masa breakfast je. Pastu tgk makanan je tekak jd loya. Ceh nak kata pregnant mmg tak la sbb tgh period. Nak kata period pain, mungkin la tapi period da nak abes! nape tak kene masa baru2 period! So mlm td dah tak tahan sgt kepala berpusing, terpaksa gak telan active fast. Seboleh2nya taknak telan ubat! *konon2 antibody kuat la konon* akhirnya kecundang jugak lepas hampir 2 tahun tak diserang demam. Hoh! Dah telan active fast, pagi ni dgn riang pegi keje. Sampai skolah dia buat hal lagi!! Sakit perut! try nak makan pon loya gak... Ya Allah. Tahan je la. Sempat la habiskan keje td then balik dgn harapan kat rumah boleh makan. Alhamdulillah  smpi umah bole makan. Skang rasa nak demam balik! Tanak mkn ubat! 



Saturday, April 7, 2012

Si Hitam

Setelah berbulan tidak dimandikan. Kesian si zorro ku. Daripada hitam dah jadi kelabu! Hahaha dalam maintain pink! Sorry hubby!

Friday, April 6, 2012

Mari Minum Susu Kambing

Assalamualaikum.
Boleh tahan jugak rasa susu kambing ni. *Sbb minum yg HiGoat punya so takde bau kambing pun!* Hahahah. Nak dijadikan cerita, hari ni Jaja baru teringat last makan adalah pada jam 10 pagi td. Tu pun mkn bubur nasi je kat skolah. Balik umah at 2pm, terus buat hand bouquet smpi ke malam. Ni terasa lapar yg amat! Nak mkn da lewat sgt pulak. So jawapan yg terbaik adalah susu kambing! Bismillah...

Thursday, April 5, 2012

Si Layla Dari Indah Blossom


Assalamualaikum.
Sila2 browse new collection dari Indah Blossom. Pilhan warna kali ni lebih mudah untuk dipadankan dengan blouse atau baju kurung. Setiap koleksi disini, Jaja ambil berat tentang pemilihan kain, keselesaan dan pemakaian. Yang paling penting, kain tidak terlalu jarang sehingga menampakkan leher dan telinga dan panjang yg sesuai utk menutup dada. Sebarang pertanyaan bole email Jaja terus nurulaizaazmi@yahoo.com atau FB dan Twitter
Untuk order, boleh isi form di sini *ORDER*

 Kod : Layla1
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18

Kod : Layla2
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18 

 Kod : Layla3
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18

 Kod : Layla4
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18

 Kod : Layla5
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18

 Kod : Layla6
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18

 Kod : Layla7
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18

Kod : Layla8
Ukuran : 1.5m
Jenis : Soft Chiffon
Harga : RM18


Kod : Polkadot1
Ukuran : 1.5m
Jenis : Silk Crepe
Harga : RM15

 Kod : Polkadot2
Ukuran : 1.5m
Jenis : Silk Crepe
Harga : RM15

Kod : Polkadot3
Ukuran : 1.5m
Jenis : Silk Crepe
Harga : RM15

*POSTAGE FREE UNTIL 15 APRIL 2012*

HAPPY SHOPPING!

Wednesday, April 4, 2012

Ceritera Melaka

Assalamualaikum..
Okay.. cerita ni agak basi gak la. sbb da 2 minggu! hahaha. Nak dipendekkan cerita, cuti sekolah yg lepas me n incik suami decided utk pegi honeymoon utk kali ke2. Hahahah sementara belum ada anak ni kan. Kenapa cuti sekolah? sebab SAYA SEORANG CIKGU. hahaha Bestkan....
So kitorang pegi sekejap je. 2hari 1malam. Kekonon nak buat mcm backpacker. Tapi malang skali kebanyakan bajet hotel utk backpacker semua SHARED TOILET! Tak boleh terima! Buat apa sewa hotel mahal2 utk duduk beberapa jam je kan. rugi! Jadinya, kami check in kat 1st Inn Hotel. Best! hotel murah, tempat strategik. Diantara Little India street ngan Jonker Walk saja. Dan yg penting, BILIK AIR BERSIH! haaaaaa tu yg paling penting.
Jom layan gambar dari 1st sampai, hingga nak balik. Tapi halfway naik River Cruise bateri camera abes! hoh!

*okay menggedik kat tepi sungai lepas check in*

*merpati kat sini tak takut org okeh! (abaikan muka tak bermake up saye)*

*Jalan2 cari makan destinasi pertama Maju Kitchen! Ikan bakar ngan asam pedas dorang mmg terbaik!*


*sila jilat screen* *owh ya! kesemua ini hanyalah berjumlah RM26 SAHAJA. KL hado??!!*

*Our yummy breakfast! Bersebelahan dgn hotel je. Takde pilihan sbb area2 hotel mcm takde kedai halal :(*

*kebetulan kitorang sampai, uncle tu tgh bake roti. Bau sgt best! sebab oven depan mata je okeh. Next time nak try Scone with cream and jam la. Nmpk sgt menggoda okeh!*

*Jalan2 kat bangunan merah tu (sejarah cukup2 mkn je)*

*Jonker Walk! Mmg heaven makanan utk kaum2 cina. Owh 1 more thing bangunan2 sgt cantek!*

*Again Jonker Walk*

*Restaurant ni nmpk sgt menarik! Tapi sayang seribu kali sayang.. Kami tak tau halal atau tak. Sob Sob*

*Da sampai sini jgn lupa try Kampung Mango Juice. Sgt fresh! sgt sedap! Tapi make sure korang suh dia mix dgn mangga masak. Kalau takkkkkkk :D *

* Berjalan balik ke hotel utk mencari destinasi lunch pula*

* Owh letih! Mai pekena cendol semangkuk dulu*

*Melaka River Cruise!*

*Ni kat Muzium Kastam. Ok jugak sbb byk display barang2 rampasan*





*Finally our lunch utk hari ke2! Yes I know. Asam pedas AGAIN! Ni dekat Yatt Asam Pedas*

DUA2 RESTORAN YG KITORANG PEGI NI BERADA DI JALAN LIMBONGAN.

Kami akan kembali!!!