Friday, December 9, 2011

Shafiqah Pulak!

Assalamualaikum semua.
Hari tu Ja da hapdate pasal bdk yg bersuara lunak merdu kalah suara artis mee segera yg ada di Malaysia ini. Hahaha ni nak kongsi lak kengkawan Nur Atiqah yg suara pon bole tahan sedapnya. layan video ye....
Amacam? tergugat tak?? hahahha

Nur Atikah Nabilah yg BEST!

Assalamualaikum semua...
Hari ni hupdate pasal budak tecik yg cute ni. Ada 1 video yg popular kat fb bdk ni nyanyi lagu Awan Yang Terpilu. Tapi rasanya die nyanyi lagu Rossa ni lagi mantop! sweet je suara beiau.
MAKAN HATI LA ARTIS2 SEGERA! hahahhahaahah

#Day 17 - How You Hope Your Future Will Be Like

Assalamualaikum semua...
Ok entri kali mmg hari2 Jaja doa. InsyaAllah, kita merancang, Allah yg menentukan kan?. Walau tak diperkenankan, tapi Allah maha mendengar.

Sebelum kahwin dulu, Jaja nak sambung belajar. Since dah lama dalam kindergarten, Ja nak sambung Early Childhood Education. Tapi tak kesampaian. InsyaAllah akan ku bincangkan dengan incik suami perihal ini. Jaja harap masa depan Jaja dipenuhi dgn kasih sayang dari suami dan anak2 yg soleh dan solehah. Mengharapkan semoga mereka mewarisi kebaikkan hati suami dan kecekalan Jaja. Jaja juga mengharapkan dengan ilmu dalam early childhood education yg telah dan bakal Jaja belajar nanti, Jaja dapat membantu kanak2 dalam segala aspek. Jaja juga mengharap agar dapat mengajar ibu bapa yg muda dan tidak berpengalaman utk mendidik anak2 mereka di awal usia. Agar mereka tidak mudah stress dgn kerenah bdk2 kecik ni. Bagaimana cara nak handle merajuk, marah, manja, mengada dorang. Byk lagi lah yg boleh buat young parents senang nak handle bdk2 kecik ni.

Jaja tak mengharapkan rumah banglo, kereta BMW, beg Gucci, kasut LV, baju MBMJ, 15 credit cards atau apa2 pun di masa hadapan. Cukup lah sekadar rumah sendiri yg selesa utk kami sekeluarga, kereta yg selesa, makan minum yg cukup, kebajikan anak2 terbela, pakaian yg cukup, dan juga sebuah kindergarten yg sederhana.

More Diwali Kolum

Asslamualaikum semua.
Hari ni tak sempat nak karang pepanjang. Jaja nak ke Damansara sat gi nak g amek appointment letter. Appointment letter? Jaja dah benti? eh?! hahahaha yup! Early November hari tu Jaja da tender resignation letter to Beaconhouse. Bukan sbb masalah or apa2 pon. Sebab incik suami sekarang kerja kat area Shah Alam, so kami bakal berpindah ke Shah alam pula. Nak tak nak terpaksa la cari kerja area Shah Alam. Alhamdulillah pintu rezeki terbuka luar di Shah Alam. So, apa kene mengena appointment letter kat Damansara ngan kerja kat Shah Alam? Dah owner kindergarten tu punye HQ kat Damansara, den nak buat camno??!!
Agak panjang Jaja menceceh kat atas. Okeh ni layan gambar pule. Lagi sekali Jaja sgt teruja dgn kreativiti kaum2 India dlm seni kolum. SGT HALUS!

*teringin nak belajar buat benda ni*

*BEST!*
*lepas puas tgk kolum n movie, kami puaskan nafsu makan pulak kat Carl's Junior. Sape2 on diet takleh makan kat sini ye*

Thursday, December 8, 2011

#Day 16 - Your View On Homosexuality

Asslamualaikum semua..
Entri hari ni sambung cabaran lagi. *bila nak abes ni?!*
Hari ni cabaran pasal my view on HOMOSEXUALITY. Ok dengar je da buat Jaja nak muntah. Pi google gambar pon tadi da rasa cam nak tumbuk dorang ni. Tapi sape kita nak hukum diorang kan. Kadang2 bila keluar dan ternampak la pasangan homosexual ni, rasa kesian pulak. Kesian la sbb hidup dorang SEDEH!!!!
Nak kata bodoh, ramai je yg bijak bistari. Tak cukup ajar kot?! Siap nak kahwin la bagai. Cakap kapir kang marah. *kasar sgt tu*. Se eloknya kita sama2 bantu dorang2 ni dgn bagi nasihat. bukan maki2 hamun, carut2 bagai. Korang pon tak suke org carut2 kat korang kan.

Tuesday, November 29, 2011

#Day 15 - Something You Don't Leave The House Without

Assalamualaikum semua..
Den main tpu lagi... Hahaha setelah beberapa hari baru hupdate entri cabaran. Kemalasan yg melanda ada lah tahap gaban! So cabaran hari ni pasal barang2 yg Jaja sentiasa bawak bila keluar rumah.
Kalau nak diikutkan, Jaja ni bukak jenis typical girl. Keluar umah kene tepek bedak, eyeliner, bubuh lipstik, kene bawak perfume. Semua tu tak wajib pon. Penah keluar umah dgn hempon and wallet semata! Gila malas kan! hahahahah tapi kalau keluar ngan incik suami, selalunya akan bwk handbag la. buh compact powder ngan lipstick je. owh handphone n wallet jugak! Gila comot kan??! hahaha takpe la. Saya berhias utk suami sajok. Lantak pi la org nak ckp ape kan...

*entri kali ni takde gambo*

Wednesday, November 23, 2011

#Day 14 - A TV Show Currently Addicted To

Assalamualaikum semua..
Main tipu tak. Cabaran tak ikut hari... hahahha busy laa... Tp ok la kan. Atleast hupdate gak kan.. So utk cabaran hari ni sgtlah tercabar sbb jarang tgk tv. Asyik ngadap lappy je. Ok currently mmg takde la. Tapi hari tu tersekat ngan cita Soffiya ni. BEST! Crita skang ni ape? DHIA?? baru sempat tgk sekali je. Cam tak menarik je..... huhuhu nnt kalau tersekat gak ngan crita ni, Jaja wat sinopsis kat sini ek. Daaa!

Monday, November 21, 2011

#Day 13 - Your Views On Drugs And Alcohol

Assalamualaikum semua..
terlepas beberapa hari tak hupdate blog... busy gila2 dgn concert and graduation last Saturday. Alhamdulillah all went well! So sambung cabaran hari ke 13. For me DRUG + ALCOHOL : PENYAKIT BERJANGKIT! That's all!

Tuesday, November 15, 2011

#Day 12 - Your Current Relationship

Assalamualaikum semua..
Saya sudah bernikah! teng teng teng! Ceritera nya disini. Saya sgt happy dgn status saya sekarang.. Puan Nurul Aiza. :D
Post wedding kat Putrajaya

Monday, November 14, 2011

#Day 11 - What's In Your Make Up Bag

Assalamualaikum semua..
Sila layan gambar ini ya! Barang2 murah je uolls!
*gigih utk cabaran hari ke 12 pulek!*

Sunday, November 13, 2011

#Day 10 - A Photo Of Your Favorite Place To Eat

Assalamualaikum semua...
Nah! Bagi pembaca tegar blog ini mesti korang tau Jaja slalu hupdet restoren ape kan.
It's TGIF! Tapi slalu pon pegi hujung bulan je. :)

Saturday, November 12, 2011

#Day 9 - A Photo Of The Item You Last Purchased

Assalamualaikum semua.
Ni kira salah satu yg Jaja baru beli la ek. Tak pernah2 beli charm ni. Tak pernah minat. Tapi tiba2 rasa teringin melawa plak. So pikir2 asik beli baju je pon bosan gak. So terbeli la charm ini. Guess?! takde makne nya!!! Ini RM19 je kat F Block. huhu pi serang F Block skang!

Friday, November 11, 2011

#Day 8 - A Song To Match Your Mood

Assalamualaikum semua.
Hari ni mood lovey dovey! Love u like a like song hubby! :D
Sila layan video yee

Thursday, November 10, 2011

#Day 7 - Your Dream Wedding

Assalamualaikum semua
Haha senyum meleret je time hupdet cabaran kali ni. My wedding dream. Yang ni BEACH WEDDING. Rasanya bole jimat kot sbb jemput sket2 je kan.. hahahha. Tapi walaupun beach wedding ni impian Jaja, majlis kenduri kat kampung Julai hari tu adalah yg TERBAIK! Simple tapi meriah!
*rasa2 excited nak uruskan kenduri kawen si adik. bila la agaknye.. Byk sgt idea nak kasi ni!*

Wednesday, November 9, 2011

#Day 6 - A Photo Of An Animal You'd Like To Keep As A Pet

Assalamualaikum semua......
Teng teng! Yang ni teman gemor sesangat. Binatang yg Jaja teringin nak bela. Katak? takde makne! Ni namanya IGUANA. Tak tau la kenapa Jaja suka sgt binatang ni. Maybe sebab dia unik kot. Kenapa tak pilih binatang yg comel2 seperti kucing, sugar glider dan sebagainya? NTAH! SAYA PON TAKTAU! haha
*saya da AUTO PUBLISHED kan semua cabaran2! haha kira main tipu ke?*

Sunday, November 6, 2011

#Day 5 - How Important You Think Education Is?

Assalamualaikum semua.
Akhirnya dapat gak menghupdet blog. Sambung pasal cabaran hari2 tu. So ni cabaran uk hari ke 5. Pening sket sbb Jaja ni tak reti sgt nak menggubah ayat2 gomen ni. Hurm camne nak cakap ek. For me as a teacher, utk level kindergarten, education and fun sepatutnya berjalan seiringan. Tak patut la cikgu2 yg suke bagi stress kat budak2 ni. Kesian dorang tau. Cube try tanye kat bdk2 ni, ape tu exam?? Mmg tak dinafikan education tersangatlah penting, harus diingat jgn sampai stress sgt!!

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Assalamualaikum semua.
Selamat Hari Raya!!! Yay!! Dengar takbir raya pagi2 mmg sgt menenangkan. Alhamdulillah. First of all, ampun sbb tak hupdet cabaran hari2 bersama ku tu. Hahah den kek jolobu ni hah. Umobile takde line kat sini. Hoh! Jom layan suasana di kampung. *Disember ni da boleh kenduri DURIAN, LANGSAT, MANGGIS, RAMBUTAN, MATA KUCING!*

Saturday, November 5, 2011

Apabila Si Zorro Buat Hal Kali Ke 2.

Assalamualaikum semua.
Niat dihati hari ni nak balik kampung incik suami kat Jelebu. Tapi apabila si zorro membuat hal, terpaksa lah delay blk kampung. Cantik kan cermin di tampal dgn selotep! Hahaha sementara menunggu cermin dibaiki, sesi jalan2 cari makan!!! Selamat Hari Raya Aldiladha all!

Friday, November 4, 2011

#Day 4 - Your Favorite Photograph Of Your Best Friend

Assalamualaikum!
Cabaran hari ni sonang! huhuhu Byk sebenarnya gambar2 dorang ni. Tapi paling nampak matured! haha sori korang! Peluk ketat2! Love u guys so much!
Ape? cik Aneez nak jumpe Kimora kat Rootz esok? *jeling si suami* hahahah

Testing

Mai try test hupdet dr bb
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 3, 2011

#Day 3 - Your Idea Of The Perfect First Date

Assalamualaikum semua.
Pheww! Baru hari ketiga da pening dah.. hahhaha Ok so cabaran hari ketiga ni best sket.. Jom layan idea2 Jaja untuk The Perfect First Date. Daripada korang duk berdating tepi tasik kan.. huhuh

Window Shopping - ni da selalu sgt kan? tapi still suke!
Archery - best2 tapi belum penah pegi ngan incik suami. Membowling pon ok gak.
Menonton Wayang - ok ni paling popular! nak best lagi, Movie marathon la!
Jalan2 Cari Makan - Syok kan, keluar dari breakfast, lunch, tea break, dinner and supper. Misi mencari makanan je. huhu
Kalau mlm2 taktau nak g mana, Shopping Mall totop kan? boleh la melayan LIVE BAND!

Antara semua ni, favorite saya ialah Live Band! Kadang2 penyanyi jalanan tu pon saye boleh layan smpi 1 jam. Dapat lak yg mmg pandai menyanyi! :D

Wednesday, November 2, 2011

#Day 2 - Your Favorite Movie

Assalamualaikum.
Hari ni cabaran utk movie lak. Haiyo! byk sgt movie yg Jaja suka. hurrrmmm..... jap.... ape ek.... hurmmm.... hmmmmm.... jap ekk... hahaha pening kan. Yang paling baru Jaja suka REAL STEEL of course. Tapi all time favorite nak jadi tamak gak! Nak kasi 5 lagi! hahah

1) Transformers
2) Fast and Furious
3) Monster Inc
4) Da Vinci Code
5) Papadom

amek kau! hahaha