Thursday, October 18, 2012

CD 19 Bad Habit

Selalunya kalau ja ke shopping mall seorang, mmg akan timbul masalah ni. Hari tu ke Jusco Bukit Tinggi semata2 utk beli terrapin punya makanan kat skolah da habis. Lepas beli je, niat dlm hati hari ni window shopping je la. Kene berjimat cermat. Tapi tgk ape jadi!!!!!!!!

CD 16 Planet Popcorn Setia City Mall

Tetiba rajin update hari2 kan. hahahhaha. Btw tak abes lagi cerita pasal Mall yg Setia tu. hahaha Lagi 1 kedai yg buat suami teruja adalah Planet Popcorn. Sape2 peminat popcorn bole try ye. Ja tak pernah try yg Garrett tu. Tapi ramai ckp too sweet! Tak baik utk kesihatan! hahaha Planet Popcorn tak manis sgt. Tapi sgt sedap. Ja bukan peminat popcorn. kalau pegi cinema pon suami yg makan popcorn tu. But yg ni mmg best! Thanks to Nana sbb selalu goda kami di instagram.
Suami perasan Mel-Mel popcorn tu dinamakan sebab beliau. Btw mel-mel tu utk caramel! cute kan! Ada byk flavour lagi. Choc, wasabi, curry, etc

CD 15 Seoul Garden Setia City Mall

Jadinya! my new fav spot tidak lagi Pavilion! Setia City Mall telah menduduki carta hati! hahah ok over ja. over. First time masuk mmg da amazed da sbb walaupun shopping mall baru, dgn lokasi yg agak jauh dr town, mmg sgt best! shops mmg da 95%. Environment pon sgt best. Parking pon sgt senang. Typo pon ade kat sana. H&M pon ada. mcm2 ade lah.
Ok since tajuk entry pon lain kan, cerita pasal lain pulak. Kali ni suami yg suggest tmpt makan. So we went to Seoul Garden. Sape2 mmg kaki mkn mmg untung sgt la dtg sini. Buffet! tak untung lagi?! Bawak org2 yg berperut mcm saye ni mmg rugi sgt. Paling kuat pon 3 round je. Tu pon amek sikit2. hahahaha Btw ja lebih suka Red Wok sbb bahan2 belum marinate lagi. Mcm kat sini, semua daging n ayam da siap marinate. Nasib la kalau dpt yg tak kene selera kan.
Disebabkan kitorang pergi time ja demam, makanya! makan pon tak best! penat sbb idung sumbat! Last skali, my fav part. Dessert! ABC ikut suka den namanya. Sbb buat sendiri kan. Tgh2 demam n selsema ni mmg itu je ubatnya. Alasan! Owh! suami kuciwa hari tu sbb fav beliau iaitu si kambing takdo. Dorang serve kambing hanya utk dinner sahaja. Kami dtg time lunch. hurmmmmm

CD 14 Carlos Pavilion

Setelah berabad tak ke Pavilion, akhirnya berjaya memujuk suami ke sana. Pavi used to be my fav spot to hang out. Tapi di sebabkan pavi agak jauh drpd klang, makanya! terpaksa lah melupakan tapak sejarah itu. Sejarah ape? hahahaha hanya mereka dan keluarga mereka yg tahu. Btw, rindu Kenko. rindu kat ikan2 yg pernah ku beri makan dahulu. hahaha.
So we had our dinner at Carlos lepas tu movie. Sila layan gegambar ye. Lamb shank for two, and nachos (to die for!) the best nachos kot yg ja penah rasa! Sememangnya akan kembali utk Nachos!

Tuesday, October 9, 2012

CD 5 The Reason

kau! tajuk cam lagu kan! hahaha ok i found another reason of buying ip4s.
pretty pleaseeeeeeeeeeeeee.......

Saturday, September 22, 2012

CD19 Portable Power Bank

Si jantung hati baru. Penyelamat nyawa bateri. Over kan!

Sunday, September 16, 2012

CD 13 Homemade

Ok new cycle hari tu di sambut mesra dan riang gembira oleh sang demam dan sang selsema. Terima kasih kerana datang melawat. Secara tak langsung membuatkan org ramai membuat andaian sendiri yg sy pregnant kot. Jawapannya adalah tidak lagi ye. Seiringan dgn sang demam, aunt flo juga dtg melawat. Kuciwa. InsyaAllah dgn pertolongan dr kalian, berdoalah supaya ada rezeki sy. Amin.
Ok entry ni takde kene mengena pon ngan cerita di atas sebenarnya. Last saturday ntah dr mana datangnya kerajinan diri ini, mengajak si suami ke NSK utk membeli barang2 utk masak istimewa utk beliau. Homemade hamburger! First time buat ni! Cuma agak termasin sikit. hehehe takpe2 percubaan pertama kan. Kesian si suami dah beberapa kali mencari burger bakar. Lalu si isteri memenuhi selera si suami tercinta. Tak main la ramli punya beef patty. Sy yg menggaul dan menguli patty tersebut!
Resepi seterusnya...... hurm..... Lamb Shank? hamboi!! kau punya cita2 jaja! hahaha layan gambar.

Wednesday, August 29, 2012

CD 26 Wordless Wednesday

Tuesday, August 28, 2012

CD 25 Mohd Chan

Sape Mohd Chan tu? Tetiba je disebut2.. Hahaha owh sebenarnya itu adalah restoren cina muslim yg boleh tahan byk jugak kedainya. Hari tu kitorang pg yg dekat Shah Alam. And guess what!? Branch Kota Kemuning OPENING SOON! Aiyo bertambah2 la berat ni. Next visit nak try dim sum otak2 lak. yay!

Sunday, August 26, 2012

CD 23 Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum.
Tak terlambat rasanya Jaja nak wish semua Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau ada sapa2 terguris hati dgn apa yg Ja blog kan selama ni, Ja minta maaf. So tema tahun ni apa ek? Sbnrnya tak rancang pon nak tema2ni Kebetulan je kot. Untuk sapa2 yg start kerja esok, selamat bertugas. Saya masih bercuti selama seminggu. *sila jeles* hahahahaha. Sila la layan gambar2 sekitar 1st dan 2nd raya hari tu.

Tuesday, August 14, 2012

CD 10

Asallamualaikum
Akibat daripada tidur petang yg melampau td, sy dengan rasminya masih belum tidur dan masih belum mengantuk ketika ini. Adoi japgi nak bangun sahur lagi. Jadi utk membuatkan mata sy mengantuk, sy cuba mengedit2 gambar yg tak byk ni pon. Dan hasilnya! *mata masih tak mengantuk* Sekian terima kasih.
Owh ni gambar2 masa my birthday dinner last month.

Wednesday, August 8, 2012

CD 5 Willy Satay

Assalamualaikum
setelah beberapa kurun tak berkurun ke Sg Ramal, Willy Satay da bertukar wajah! Lepas tu dah ada burger bakar lagi! wah! kelassss kau! So far makanan kat sana mmg sedap2 belaka. Byk gerai2 drpd western ke claypot ke nasi ayam ke tomyam dan mcm2. Semua best! Tarikan utama dah tentu lah Willy Satay!

Tuesday, August 7, 2012

CD 4 Not Strong Enough

Assalamualaikum
New cycle new hope. Hari ni da hari ke 4. Moga cycle baru ni dapat buat aku lebih kuat. I think that I'm strong enough to handle this but I'm not. I'm NOT. Dekat tmpt kerja, bercerita pasal how worried my colleague yg lambat period. Sambil mengusik she might be pregnant. Lepas tu chat dgn my long lost friend. Cerita2 terlepas pulak beliau bercerita tentang kelincahan anak beliau. Hilang segala penat lelah stress kerja bila balik tgk anak sambut depan pintu katanya. Terpacul la soalan yg mmg aku tau semua org akan tanya. 'aku dah nak masuk 2 org ni. kau bila lagi?'. How am I suppose to answer that? Belum ada rezeki dan mungkin belum cukup usaha. Balik rumah, I just sit in my room playing games and etc. Keluar ke hall sekejap tgk sapa2 dah balik. Ok everyone is here except my husband. And again talking about pregnancy. Kakak is 3 weeks pregnant. Her 3rd pregnancy. Keluar pulak kata2 hikmat dr mak. Before this I was ok with it. Tapi hari ni aku kalah pada perasaan sendiri. Gagal mengawal emosi. And I end up locked myself in my room untill now. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Apalah sangat setahun tiada anak jika dibandingkan dgn mereka yg menunggu hampir 10 tahun.

Wednesday, August 1, 2012

CD 28 Baru!

Assalamualaikum
So setelah beberapa kali delay nak g buat cermin mata, maka malam td dgn jayanya menempah cermin mata baru. So pasni takde alasan lg sakit kepala sbb cermin mata. Smlm pegi cek ingat power naik la ke 5.00. Alhamdulillah masih berada di tahap yg sama iaitu 4.72. Owh ya. Mmg sgt teruk mata sy. Nak kata byk baca buku mcm tak je! hahahahah
Btw ALook AEON bukit tinggi tgh buat promo. Beli lens dapat beli frame dgn harga RM1 sahaja! disebabkan power sy tinggi, cermin terpaksa di high index kan sbb nnt nmpk terlalu tebal. Kos cermin ja shj dah RM200 + frame RM1 : RM201 shj! Berbaloi baloi kan! Mmg dlm budget sgt!

Tuesday, July 31, 2012

CD 27 Happy Birthday Mama!

Assalamualaikum...
Hari ni birthday mama saya! hehehehe nnt adeq blanje kasut raya ek. Walaupun hari ni birthday mama, Yg dpt present nye adalah sy! hahahha still walaupun da lepas 3 hari. Layan gambar. Maxi dress from Christina and chocolate drpd bos2 Dian Kindergarten. (Miss Rozi & Pn Sopiah) Love you guys so much!

Monday, July 30, 2012

CD 26 Selamanya Harimau Malaya

Assalamualaikum..
Sepatutnya hari ni nak g Jusco Bukit Tinggi sebab nak pegi cari glases baru. Seriously yg current ni kalau pakai mmg menduga. Sakit kepala sbb hari tu terdudukkan beliau. Yes I know. Agak ganas disitu. hahahaha. Tapi akibat drpd ketidak laratan ditambah pula kekurangan tidur yg kronik, akhirnya tilam berjaya memanggilku dgn jayanya.
Nampak gayanya seperti esok sahaja aku melawat jusco itu. Till then layan gmbr masa Fav team suami dtg Malaysia. Mak maintain Harimau Malaya nok.

Saturday, July 28, 2012

CD 24 Happy Birthday to me!

Assalamualaikum
semalam ada birthday celebration kat Dian Kindergarten. Happy 3rd Birthday cute Thaqief! lepas tu suprise dr kwn2 lak. Nak kasi kek, bulan puasa lak kan. hehehehe thank you so much guys!

Thursday, July 26, 2012

CD22 Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum.
Dah nak masuk 6 hari da puasa rupanya. Cepat sgt masa berlalu. Dian Kindergarten pon dah sibuk2 nak buat decoration utk Hari Raya da. Semangat! Moga di makbulkan doaku utk berpuasa penuh tahun ini. Amin.

View di Taman Sentosa pada jam 5.50am. Sangat tenang. Selamat menunaikan solat subuh all!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 11, 2012

CD7

Assalamualaikum.
Cycle bulan ni special sikit.. hehehhe sbb our anniversary. 10th July 2012 genap la setahun kami menjadi suami isteri.. Alhamdulillah... tgk cd7 tu pon dah tau masa anniversary tgh bendera merah kan.., hahhaha yg penting period da ok. tak ting tong lg... Alhamdulillah lepas amik folic acid, period da ok. Start CD5 hari tu sy pgi urut ngan sorang makcik ni kat area sek 7 shah alam. Mak Jah nama dia... mmg best dia urut. *Tapi sbb sy 1st time rasa nak nanges gak la!* Hari tu pegi klinik, alhamdulillah takde problem. Pegi urut pon takde pape sgt. cuma byk angin sgt. So mak jah pon urut kasi kuar angin. Pastu betulkan peranakan sikit. Mmg best mak jah ni.. Sape2 nak contact number mak jah ni leh pm sy ye.. :D

Wednesday, July 4, 2012

Cotton On

Assalamualaikum.
Hasil tangkapan hari ini RM45 utk 3 brg ni. Murah? 1 brg RM15. Menggila aku! Adakah aku bakal ke Aeon Bukit Tinggi lagi?? Hmmmm ada kemungkinan. Plus, ini bukan keinginan. Ini adalah keperluan. Ada 1 lagi keperluan. Jeans!!! Td da usha2 kat MANGO *my fav jeans* huhuhu sale jugak kau! *pujuk suami jap*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 7, 2012

Ku Merindu Baskin Robbins.

Tak sempat nak draft brg2 yg ku beli sejak TTC ni. Sbb skang kat luar dan tak bwk lappy. Menghabiskan sisa2 cuti sekolah ni. Owh malam ni nak memujuk suami ke Baskin Robbins Kota Kemuning la......
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 6, 2012

Sayang Ketat2!

He came back with this. Camne tak syg ketat2! Sejak kahwin, naik 5 kg okeh. Tanda2 bahagia itu.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

CD2

Assalamualaikum.
Ape dia CD2 itu? Bagi mereka yg tgh TTC atau disebut TTCian akan faham. Wanita2 juga akan faham. Cycle Day 2. Sekejap je da masuk Jun. Next month dah masuk setahun usia perkahwinan kami. I knew it wouldn't be easy. But I never thought it'd be this hard. I've been trying to conceive since the very first day of our marriage life. Tapi masih belum ada rezeki sehingga kini. Aku yakin dengan semua yg telah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk ku. Alhamdulillah walaupun belum ada rezeki utk ada anak, Allah s.w.t menurunkan rezeki yg besar dari segi yg lain utk keluarga kami. Di terima bekerja dgn gaji yg lebih tinggi. Suami dapat naik pangkat walaupun baru setahun bekerja. Baru-baru ini aku dapat lagi berita gembira. 2 minggu cuti sekolah mmg da paling gembira dah. Di tambah pula dgn berita yg aku kini sudah melepasi tempoh percubaan di tempat kerja. Yay! Alhamdulillah. Walaupun belum 6 bulan bekerja.
Bila terima berita2 gembira dari kawan-kawan atau saudara mara yg bernikah selepas aku, Alhamdulillah. Bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku? bila diajukan soalan cepumas kepadaku, aku hanya mampu tersenyum. Bukan kami tak berusaha, cuma belum ada rezeki. Sampaikan aku jadi malas untuk menghadiri majlis2 atau kenduri2. Malas untuk menjawab soalan2 yg kadang menyinggung perasaan. Bukan lah salah mereka bertanya, cuma hati perempuan ni kan cepat naw terasanya! haha nak2 pulak bila di banding2 kan dgn kawan2 atau saudara2 yg sudah berjaya. Kadang2 malas nak melayan, aku jawab je tgh planning walaupun tak. Bila jawab planning, at least senyaplah mulut mereka utk jangkamasa setahun.. hahahahah 
Aku tau tempoh setahun perkahwinan masih terlalu awal jika dibandingkan dengan kawan2 TTCian yg lain. Ada yg menunggu sehingga 7 tahun utk mendapatkan anak. Tahap kesabaran mereka sgt tinggi. Macam2 blog TTCian dah aku baca. Macam2 kaedah mereka gunakan hanya utk mendapatkan zuriat. Macam2 dugaan yg mereka tempoh. Dgn membaca blog2 mereka, membuatkan aku rasa aku tak layak utk bersedih jika dibandingkan penantian mereka itu. Aku faham apa yg mereka alami walaupun baru setahun. Kadang2 apabila mendengar keterujaan ibu2 hamil bercerita tentang pengalaman mereka, mmg sgt jeles. Kadang2 mereka terlupa yg mereka mungkin juga membuatkan hati2 kami terluka. Tapi tengah excited kan. Aku juga mungkin akan buat benda yg sama. Tapi dgn apa yg aku alami sekarang, aku akan lebih berhati2. Mereka tidak pernah merasa. Jadi mereka tidak tahu.
Ok entri panjang melebar! Dugaan2 seperti ini membuatkan aku belajar erti bersabar dan redha dgn ketentuanNya. Mungkin juga aku belum bersedia. Membuatkan aku lebih bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. Ketika mereka sibuk melayan kerenah anak2, kami diberi peluang utk mengenali hati budi pasangan masing2. Pergi bercuti tanpa perlu risau akan anak2 yg ditinggalkan. Tgk movie tanpa gangguan. Masih membeli belah untuk diri sendiri. Menambah koleksi gajet. ahahahahah over! Jadi akan kami gunakan kesempatan ini utk menikmati kehidupan bahagia dan bercinta ketika masih berdua ini. 
Next entri nnt aku share pulak barang2 yg aku beli semasa dalam tempoh TTC ini. Harap2 dapat membantu. Adios! 


P/S : TX10 hilang! jadi takde gambar! Masih dalam mood berkabung sbb camera hilang. sob sob..
You will always be my baby :'(