Wednesday, June 6, 2012

CD2

Assalamualaikum.
Ape dia CD2 itu? Bagi mereka yg tgh TTC atau disebut TTCian akan faham. Wanita2 juga akan faham. Cycle Day 2. Sekejap je da masuk Jun. Next month dah masuk setahun usia perkahwinan kami. I knew it wouldn't be easy. But I never thought it'd be this hard. I've been trying to conceive since the very first day of our marriage life. Tapi masih belum ada rezeki sehingga kini. Aku yakin dengan semua yg telah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk ku. Alhamdulillah walaupun belum ada rezeki utk ada anak, Allah s.w.t menurunkan rezeki yg besar dari segi yg lain utk keluarga kami. Di terima bekerja dgn gaji yg lebih tinggi. Suami dapat naik pangkat walaupun baru setahun bekerja. Baru-baru ini aku dapat lagi berita gembira. 2 minggu cuti sekolah mmg da paling gembira dah. Di tambah pula dgn berita yg aku kini sudah melepasi tempoh percubaan di tempat kerja. Yay! Alhamdulillah. Walaupun belum 6 bulan bekerja.
Bila terima berita2 gembira dari kawan-kawan atau saudara mara yg bernikah selepas aku, Alhamdulillah. Bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W. Aku? bila diajukan soalan cepumas kepadaku, aku hanya mampu tersenyum. Bukan kami tak berusaha, cuma belum ada rezeki. Sampaikan aku jadi malas untuk menghadiri majlis2 atau kenduri2. Malas untuk menjawab soalan2 yg kadang menyinggung perasaan. Bukan lah salah mereka bertanya, cuma hati perempuan ni kan cepat naw terasanya! haha nak2 pulak bila di banding2 kan dgn kawan2 atau saudara2 yg sudah berjaya. Kadang2 malas nak melayan, aku jawab je tgh planning walaupun tak. Bila jawab planning, at least senyaplah mulut mereka utk jangkamasa setahun.. hahahahah 
Aku tau tempoh setahun perkahwinan masih terlalu awal jika dibandingkan dengan kawan2 TTCian yg lain. Ada yg menunggu sehingga 7 tahun utk mendapatkan anak. Tahap kesabaran mereka sgt tinggi. Macam2 blog TTCian dah aku baca. Macam2 kaedah mereka gunakan hanya utk mendapatkan zuriat. Macam2 dugaan yg mereka tempoh. Dgn membaca blog2 mereka, membuatkan aku rasa aku tak layak utk bersedih jika dibandingkan penantian mereka itu. Aku faham apa yg mereka alami walaupun baru setahun. Kadang2 apabila mendengar keterujaan ibu2 hamil bercerita tentang pengalaman mereka, mmg sgt jeles. Kadang2 mereka terlupa yg mereka mungkin juga membuatkan hati2 kami terluka. Tapi tengah excited kan. Aku juga mungkin akan buat benda yg sama. Tapi dgn apa yg aku alami sekarang, aku akan lebih berhati2. Mereka tidak pernah merasa. Jadi mereka tidak tahu.
Ok entri panjang melebar! Dugaan2 seperti ini membuatkan aku belajar erti bersabar dan redha dgn ketentuanNya. Mungkin juga aku belum bersedia. Membuatkan aku lebih bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. Ketika mereka sibuk melayan kerenah anak2, kami diberi peluang utk mengenali hati budi pasangan masing2. Pergi bercuti tanpa perlu risau akan anak2 yg ditinggalkan. Tgk movie tanpa gangguan. Masih membeli belah untuk diri sendiri. Menambah koleksi gajet. ahahahahah over! Jadi akan kami gunakan kesempatan ini utk menikmati kehidupan bahagia dan bercinta ketika masih berdua ini. 
Next entri nnt aku share pulak barang2 yg aku beli semasa dalam tempoh TTC ini. Harap2 dapat membantu. Adios! 


P/S : TX10 hilang! jadi takde gambar! Masih dalam mood berkabung sbb camera hilang. sob sob..
You will always be my baby :'(

No comments: