Sunday, August 14, 2011

Gaysec Meminta Maaf Susulan Kes Arlene Tan

Sape2 yg tak sempat baca pasal kes makcik hajjah ni, meh saya ringkaskan sket:

1. Wujud sebuah blog (http://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com) yang mana kandungannya menjurus kepada penghinaan terhadap agama Islam. Ditulis oleh seseorang yang tidak dikenali dan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara sebagai pengenalan diri.

2. Ekoran kewujudan blog tersebut, ramai pihak terutamanya yang beragama Islam berang mengenainya. Bermula dari situ, ramai yang ingin mengenali siapakah orang disebalik blog tersebut dan pengguna nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu.

3. Setelah beberapa ketika, akhirnya kumpulan penggodam Malaysia yang dikenali dengan nama Gaysec (nama macam Gay Section. LOL) ‘berjaya’ mendapatkan info yang kononnya milik Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Nama yang dikeluarkan oleh Gaysec ialah Nor Arlene Tan binti Khalid.

4. Info yang diperolehi oleh Gaysec itu kemudiannya didedahkan kepada umum. Dengan pendedahan itu, ramai blogger yang mengambil kesempatan dengan menyebarkannya di blog masing-masing. Paling parah, ada yang membuat ugutan.

5. Setelah info (atau lebih tepat privasi) Nor Arlene Tan binti Khalid disebarkan secara meluas dan menerima ugutan, dia telah membuat laporan polis mengenainya dan menafikan yang dia bukanlah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seperti yang didakwa oleh Gaysec.

Permohonan Maaf Gaysec Kepada Arlene Tan :

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.

Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa
#Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang
bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data (database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).


Atau korang boleh klik Makcik Hajjah Sitt Al-Wzara untuk baca entry saya tentang kes makcik ni. Seperti yg saya maklumkan di entry sebelum ini, mungkin Arlene Tan adalah makcik hajjah dan mungkin juga bukan. Kerana saya sedar sifat manusia yg kadang membuat kesilapan. Bagi sesiapa yg mengugut Arlene Tan dan ingin menghukum beliau tanpa usul periksa, sila hentikan. Kerana bagi saya Makcik Hajjah hanya menegakkan kebebasan dia bersuara. Tetapi jgn sampai kita yg pandai ni terikut kata2 dia! Mungkin kah makcik ni dajjal yg dtg utk menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W? Apa2 pun kalau lah betul Arlene Tan ini bukan makcik hajjah, saya mintak maaf bagi pihak kwn2 yg tersalah tafsir. Tapi kalau betul??? biar Allah sahaja yg menghukum beliau.

Oleh kerana enrty ini terlalu serius, jom layan lagu raya dulu! hahaha

No comments: